First Of Many

Hi Guys !

Dah lama tak update blog kan? Tetiba semangat nak update blog yang macam sampah. Nak tahu sebab apa? sebabbbbb . yaaaa . sebab aku busy with gaming . 40% dalam kehidupan seharian aku hanyalah menghabiskan masa bermain game sahaja . hairan ? mungkin tak . mungkin! 

Oh Oh . Memandangkan aku dah lama tak bercerita mengenai diri aku sendiri, apa kata aku mulakan dengan " Perkara pelik tentang diri Saya " . Nak tahu tak ? mestilah nak tahu kan . Hihi ,
             
1. Aku paling pantang tengok cerita hantu sebab boleh membuatkan tidur malam aku diganggu selama 2-3 hari tapi aku suka tengok cerita berkisahkan pembunuhan yang dealing dengan hantu macam CRIMINAL MINDS and GHOST WHISPERER  sebab cerita-cerita itu selalu menyentuh perasaan aku . Pelikkan?


2. Aku tak reti tidur sorang. Tapi , ada masanya, aku tidur sorang. most of the time, aku akan tidur bilik mama aku . Pelikkan?


3. Aku sangat suka Bak Kut Teh sampaikan kalau hari-hari kena makan Bak Kut Teh pun tak mengapa. Pernah satu hari aku menalefon rumah, Mama kata tadi dia makan di luar. Dia kata kat situ Bak Kut Teh sedap . Dan dia teringatkan aku, HappyNYA!. keluarga aku tahu aku sukakan Bak Kut Teh. Lebih umum, aku kurang makan nasi . Senang je nak jaga aku nanti. Makan Bak Kut Teh ke Mee ke pun tak kisah .


4. kalau makan masakan orang suka coment mengalahkan pengadil master chef pulak .  kalau sendiri yang masak awal-awal dah bagitahu tak sedap jangan complain .


5. Suka beli buku tapi nak bacanyaa agak bermasalah untuk habiskan 1 buku.. beli banyak tapi nak baca kadang-kadang setahun baru habis baca, kadang-kadang tak baca pun ada. buat koleksi je la .


Okay . cukup 5 . aku rasa lah . aku tidaklah sepelik mana. Dan 5 perkara ini bukanlah terlalu bodoh dan tidak disangkakan, bukan?